Sekiranya anda menggunakan platform bot ActiveChat, anda boleh hantar mesej terus tanpa menggunakan Integromat.
Anda hanya perlu gunakan JSON block dengan tetapan seperti di bawah.
URL adalah https://api.wabot.my/api/send-message dengan fungsi “POST”.
Gantikan value untuk “Authorization” dengan token device anda (boleh dapatkan dari Messenger WaBot).
Untuk “phone”, gantikan dengan nombor telefon penerima dalam format 601xxxxxxx (kena ada Country Code).
Untuk “message”, gantikan dengan apa mesej yang anda nak hantar secara auto menggunakan WaBot.