Cara Create Custom Audience ‘Customer List’ Guna Data Dari mLeads Pro

< 1 min read

Sebelum anda nak cuba apa yang saya tunjukkan dalam video di atas, pastikan anda dah “upgrade” Ad Account anda dari akaun ‘Personal' ke ‘Business Manager'.

Rujuk video dalam link ini kalau anda masih belum menggunakan Business Manager.

Info Tambahan Tentang Business Manager

  1. Kalau akaun anda menggunakan cara pembayaran jenis manual ataupun prepaid, anda tak boleh pindahkan akaun tersebut ke Business Manager. Tapi anda boleh buat Ad Account baru terus.
  2. Kalau anda tak guna Custom Audience Customer File sekalipun, saya tetap syorkan anda supaya guna Business Manager sebab ada kemungkinan Facebook akan push lebih ramai pengiklan untuk menggunakan platform tersebut.
  3. Bila baru daftar Business Manager, anda hanya boleh create satu Ad Account. Tapi jika anda perlukan lebih daripada satu, anda boleh hubungi Facebook Support dan mohon untuk tambah kuota (dengan syarat akaun sedia ada memang digunakan secara aktif)