Broadcast Campaign On-Hold Atau Sangkut

Kadang-kadang, bila anda hantar broadcast jenis Conversation ataupun Subscriber, ada kemungkinan kempen tersebut sangkut dan terhenti dengan sendirinya.

Ini biasanya berlaku kalau terdapat banyak sangat error atau rejection daripada Facebook semasa sistem nak hantar mesej tersebut.

Rejection biasanya akan berlaku sekiranya user tersebut dah:

  • Block page anda
  • Deactivate akaun Facebook 
  • Dah delete conversation dengan page anda

Apa yang anda boleh buat sekiranya nak sambung run kempen tersebut adalah seperti di bawah.

1. Klik pada icon briefcare dan pilih “Campaign Report” 

2. Klik pada butang “Option” dan klik “Force Resume”.

Kempen anda sepatutnya berjalan semula selepas beberapa minit.

Kalau kempen sangkut lagi sekali, ikut saja langkah yang sama di atas.

Nota Tambahan:

Bila force resume, sistem akan hanya hantar mesej pada subscriber yang masih belum dihantar mesej tersebut.

Tapi ada kemungkinan dalam 5 ke 10 subscriber akan dapat mesej yang sama 2 kali. Ini adalah bug yang masih cuba diperbaiki.