Cara Daftar Akaun ESMS Untuk SMS API

Buat masa ini, mLeads Pro hanya support SMS API daripada ESMS sahaja.

Anda boleh mohon untuk buka akaun dengan percuma di link ini.

Pastikan anda isi semua ruang yang diberikan dengan teliti dan terangkan dengan jelas kenapa anda berminat menggunakan servis SMS mereka.

Setiap permohonan akan diproses dan ditapis secara manual.

Selepas permohonan diluluskan, anda akan terima emel dari pihak ESMS seperti di bawah.

Ada beberapa info penting yang anda kena take note bila menggunakan sistem ESMS ini.

  1. Simpan username & password anda elok-elok sebab ianya boleh digunakan untuk broadcast SMS menggunakan kredit dari akaun anda
  2. Anda diberi kredit percuma sebanyak RM1.00 untuk tujuan “testing”.
  3. SMS akan dihantar menggunakan nombor 5 digit (shortcode) dan dicas 8 sen (antara yang paling murah dipasaran)
  4. Setiap kali nak hantar SMS, pastikan SMS anda bermula dengan nama company, brand atau identiti anda. Ini adalah peraturan yang ditetapkan oleh pihak telco.
  5. Bila anda baru nak mula broadcast SMS ke banyak nombor, ada kemungkinan delivery SMS agak perlahan sebab pihak telco akan review dan tapis dulu SMS anda.