Cara Hantar SMS Broadcast

Table of Contents

Bila anda dah masukkan SMS API ke dalam Sistem mLeads Pro, anda dah boleh mula menghantar SMS broadcast.

Caranya seperti berikut.

1. Klik di tab “Broadcast” dan pilih “SMS / WhatsApp Broadcast Campaign”. 

2. Klik butang “New Campaign”.

3. Isi semua info yang diperlukan untuk create campaign (rujuk info di bawah gambar).

  1. Nama Campaign – nama untuk rujukan anda
  2. Message – mesej yang nak dihantar dan pastikan ianya bermula dengan nama brand, company atau identiti anda (tak perlu tulis RM0.00)
  3. SMS API – pilih ESMS
  4. Number to Send – masukkan nombor telefon secara manual, CSV atau select contacts sekiranya anda sudah upload contact list ke dalam sistem
  5. Sending Time – pilih untuk hantar terus ataupun boleh juga schedule.
  6. Akhir sekali, klik butang “Create Campaign”.

Pastikan setiap nombor bermula dengan nombor “6”, ataupun anda boleh masukkan 60 di bahagian “Country Code”.

Bila kempen telah berjaya dihantar, anda boleh lihat report untuk kempen tersebut.

Anda juga boleh double check dalam sistem ESMS untuk lihat adakah semua SMS sudah betul-betul dihantar ataupun tidak.

Nota Tambahan: #

  • Pastikan anda try dulu hantar SMS ke diri sendiri untuk lihat adakah mesej dihantar dengan betul.
  • 1 SMS = 160 character = 8 sen